Rabu, 25 Mei 2011

Oustation to Johor

Salam,

Arini sangat penat setelah habis seharian ambil sampel di ladang nanas di Simpang Renggam. Cuaca kira ok la berbanding semalam, sgt terik. Sekarang dah masuk 12 bulan projek berjalan dan ini adalah data terakhir sebelum kutip hasil pada 15 bulan.
Antara data yg diambil ialah
  • nutrien tanah dan daun
  • data growth
  • data populasi nematod
Sampel diambil sebanyak 20 sampel per replikat dan 6 helai daun. daun dipilih berdasarkan yg pling pjg dan dipotong 1/4 dari hujung daun.

Pada 11 bulan, nanas akan diaruh bagi menghasilkan buah sekata

dh selesai kat S renggam kena pergi pontian pulak. sampai2 hotel terus tido
esok nak sambung kerje kat sini pulak
tak sabar nak balik khamis ni nk jumpa adam :D

Jumaat, 20 Mei 2011

Salam Perkenalan

Salam Semua,

Blog ini baru saje dilahirkan. Kat sini lebih kepada ceciter pasal pekerjaan aku sebagai penyelidik penyakit tanaman.

Blog ini jugak sebagai medium untuk menyampai informasi penyakit terutaman berkenaan nematod (cacing halus) yang menyerang pada akar tanaman

Tak semestinya pandangan aku betui tapi boleh diambil dan diteliti lebih mendalam.



Sekian aje perkenalan blog ini
ade mase update lagi....